Selamat datang ke laman web rasmi Din Mega Enterprise. Dengan mengakses dan membuat pembelian di laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti sebelum membuat sebarang pesanan.
1. Harga & Bayaran
-
Semua harga yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
-
Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis bergantung pada promosi, stok dan pasaran semasa.
-
Bayaran boleh dibuat melalui pemindahan dalam talian, QR Pay, tunai (self-pickup), atau LO Kerajaan (untuk sekolah & agensi).
-
Pesanan hanya akan diproses selepas pembayaran atau dokumen rasmi (LO) disahkan.
2. Pesanan & Stok
-
Semua produk tertakluk kepada ketersediaan stok.
-
Jika produk yang dipesan tiada dalam stok, pihak kami akan menghubungi pelanggan untuk gantian produk atau bayaran balik.
-
Din Mega berhak untuk menolak pesanan jika maklumat pelanggan tidak lengkap atau tidak sah.
3. Maklumat Penghantaran
-
Pelanggan bertanggungjawab memastikan nama, alamat, dan nombor telefon adalah tepat dan lengkap.
-
Din Mega tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan atau kegagalan penghantaran akibat maklumat yang salah diberi oleh pelanggan.
-
Nombor tracking akan diberikan selepas pesanan dihantar melalui kurier yang dipilih.
4. Polisi Pemulangan & Pertukaran
-
Aduan barang rosak/salah mesti dibuat dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan barang.
-
Produk hendaklah dipulangkan dalam keadaan asal, belum digunakan, dan bersama bungkusan asal.
-
Produk custom-made (contoh: sulaman, baju sublimation, atau tempahan khas) tidak boleh dipulangkan kecuali terdapat kerosakan dari pihak Din Mega.
-
Kos penghantaran pemulangan ditanggung oleh pelanggan, kecuali jika kesilapan berpunca dari pihak Din Mega.
5. Hak & Tanggungjawab
-
Din Mega tidak bertanggungjawab atas kelewatan penghantaran yang disebabkan oleh syarikat kurier.
-
Din Mega berhak mengubah, mengemaskini atau menambah terma dan syarat ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
-
Dengan menggunakan laman web ini, pelanggan dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan.