Terima kasih kerana berbelanja bersama Din Mega Enterprise. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, kami sedia membantu menguruskan pemulangan atau pertukaran mengikut terma yang ditetapkan.
1. Tempoh Pemulangan
-
Pemulangan atau pertukaran boleh dibuat dalam tempoh 7 hari selepas barang diterima.
-
Selepas tempoh ini, sebarang permintaan tidak akan diterima kecuali atas budi bicara pihak pengurusan.
2. Syarat Pemulangan
Untuk layak mendapat pemulangan atau pertukaran, barang mestilah:
-
Dalam keadaan asal, belum digunakan atau dibuka.
-
Masih mempunyai bungkusan asal dan label lengkap.
-
Disertakan dengan resit pembelian atau bukti transaksi.
Barang yang rosak akibat penggunaan, pengendalian tidak betul, atau bukan kesilapan pihak Din Mega tidak layak untuk pemulangan.
3. Barang Tidak Layak Dipulangkan
Pemulangan tidak diterima untuk kategori berikut:
-
Barang custom atau tempahan khas (contohnya cetakan nama, logo, rekaan khas).
-
Alat tulis atau barangan kecil yang mudah rosak selepas dibuka.
-
Barang promosi / diskaun – semua jualan “clearance” atau “sale item” adalah muktamad.
4. Barang Rosak atau Salah Terima
Jika anda menerima barang rosak, cacat atau tersalah penghantaran, sila hubungi kami dalam tempoh 3 hari bekerja selepas penerimaan dengan bukti berikut:
-
Gambar barang dan bungkusan.
-
Nombor pesanan / resit pembelian.
Pihak kami akan menilai aduan dan menawarkan penggantian (replacement) tanpa caj tambahan, atau pemulangan semula wang (refund) jika stok tiada.
5. Proses Pemulangan
-
Hubungi kami melalui WhatsApp / e-mel rasmi untuk pengesahan.
-
Hantar barang ke alamat berikut (mengikut lokasi penghantaran asal):
-
HQ Kuala Terengganu: LOT 3756, Pengadang Akar, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu.
-
Cawangan Dungun: LOT 765, Wisma Haji Abdul Wahab, Batu 49, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu.
-
-
Setelah barang diterima dan disemak, pemulangan atau pertukaran akan diproses dalam masa 5–7 hari bekerja.
6. Caj Pemulangan
-
Caj penghantaran pemulangan ditanggung oleh pelanggan kecuali bagi kesalahan daripada pihak Din Mega (contohnya barang salah atau rosak).
-
Sekiranya berlaku pertukaran barang, caj penghantaran baharu akan dikenakan bergantung pada berat dan lokasi.
7. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di:
📞 +6011-5555 8484
📧 sales@dinmega.com